Friday, 14 December 2012

Addition And Subtraction

Happy & Easy To Learn Addition and

Subtraction.







Just read, understand and circle the point. Then, you can answer it already.  


Thursday, 13 December 2012

NEW SERIES OF MALAYSIAN BANKNOTES

Let's Learn Our New Series Malaysian Banknotes Together!             
                                                

HSP Matematik


Huraian Sukatan Pelajaran KSSR Matematik Tahun 1


 

Monday, 3 December 2012

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOMBOR BULAT


NOMBOR BULAT

Dalam matematik, konsep merupakan bahagian yang terpenting, terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Nombor-nombor yang paling biasa digunakan ialah nombor asli. Bagi sesetengah orang, nombor asli bermaksud integer bukan negatif, manakala untuk orang yang lain, istilah itu bermakna integer positif. Integer-integer bukan negatif dirujuk sebagai nombor bulat, manakala integer positif dirujuk sebagai nombor pembilang.

Dalam sistem penomboran asas sepuluh yang digunakan di hampir seluruh dunia, simbol-simbol untuk nombor asli ditulis dengan menggunakan sepuluh digit, iaitu 0 hingga 9. Suatu sistem nilai tempat tersirat yang bertambah dengan kuasa sepuluh digunakan untuk nombor yang lebih besar daripada sembilan. Namun, nombor yang lebih besar daripada 9 mempunyai angka yang dibentuk daripada dua or lebih digit. Simbol untuk set yang merangkumi semua nombor asli ialah N.

Troutman dan Lichtenbery (1991) mengatakan bahawa kesulitan memahami konsep nilai tempat akan mempengaruhi sebahagian besar konsep aritmatika yang dipelajari. Selanjutnya, dikatakan bahawa kesulitan itu disebabkan oleh antara lain:

(1) kesulitan mengaitkan model nilai tempat dengan lambang bilangan.

(2) kesulitan menggunakan angka nol (0) pada lambang bilangan.

(3) kesulitan menggunakan teknik regrouping atau pengelompokkan kembali.

(4) kesulitan dalam menentukan posisi nilai tempat.

 

Payne & Huinker (1993) menyatakan bahawa ada tiga komponen utama dari pemahaman nilai tempat bilangan dua angka yang dianggap sulit iaitu kuantitas dan nama basis, nama bilangan, dan lambang bilangan nilai tempat.

           Nilai tempat ( place value) dalam kemahiran menyebut nombor, menulis nombor dalam perkataan atau menulis nombor dalam angka, dan menentukan nilai tempat serta nilai digit bagi sebarang nombor. Kebiasaannya, pelajar akan membuat kesilapan pada nilai tempat puluh ribu dan ratus ribu. Berdasarkan gambar rajah di atas, kebanyakan pelajar akan menghafal kesemua nilai tempat mengikut urutan yang betul. Pelajar hanya menghafal dan bukannya memahami konsep sistem nombor tersebut. Kesannya, pelajar akan mengambil lebih masa untuk menyebut nombor dan melakukan kesilapan dalam mengenal sesuatu nombor tertentu.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh meminta pelajar agar mengasingkan nombor dengan tanda 'koma ( , )' atau 'palang ( I )' khasnya bagi murid-murid tahun 5 dan 6. Bermula dari 3 digit di sebelah kanan akan diasingkan dengan tanda koma atau palang, dan seterusnya. Contoh:

2 , 1 3 5 , 9 7 4

Menggunakan tanda koma

Menggunakan palang
 
Dalam proses mengasingkan nombor, guru perlu memastikan bahawa pelajar perlu bermula dari 3 digit sebelah kanan, bukan seperti di bawah:

 
            Langkah seterusnya, guru perlu memperkenalkan nilai tempat, iaitu:


Mengasingkan nombor adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar menyebut sebilangan nombor. Menurut Nickson, pembelajaran matematika dalam pandangan konstruktivistik adalah membantu pelajar untuk membangunkan konsep-konsep matematik dengan kemampuannya sendiri melalui proses internalisasi sehingga konsep itu terbangun kembali melalui transformasi informasi untuk menjadi konsep baru. Dapat dikatakan bahawa pembelajaran matematika adalah membangun pemahaman (Hudojo, 1998).

Guru hanya perlu membimbing pelajar untuk menyebut nombor dan pelajar-peljar perlu diingatkan menyebut atau membaca nombor bermula dari kiri.
 
Guru: Ini nombor berapa?

Pelajar : dua

Guru: Dua apa?

Pelajar: dua juta



 

Guru: Ini berapa?

Pelajar: satu ratus tiga puluh lima

Guru: satu ratus tiga puluh lima apa?

Pelajar: satu ratus tiga puluh lima ribu


 

 
Guru: Ini nombor berapa?

Pelajar : sembilan ratus tujuh puluh empat

 
Guru: Jadi apakah nombor ini?

 
Pelajar: Dua juta satu ratus tiga puluh lima ribu sembilan ratus tujuh puluh empat